Tuesday, July 1, 2014

Medical Imaging dah famous rupanya

Hello everybody! So how's life?

Terkejut sebenarnya bila bukak blog ramai yang tanya pasal x-ray dekat sini. Tak pernah bukak blog pun since masuk praktikal haritu. So nak minta maaf sebab tak reply comment-comment. Rasa bersalah jugak sebab tak dapat nak share opinions dengan korang. And tak tahu lah sama ada patut reply ke tak sebab tarikh reply macam dah expired. Hehe. Korang pun mesti dah masuk U kan? But anything you choose, go for it adik-adikku! Fight for it okay? *Acah-acah akak yang sweet*

Disebabkan rasa bersalah yang menggunung, so biar aku cerita sedikit sebanyak pengalaman aku dalam bidang x-ray ni untuk tempoh 2 tahun. Kahkah baru dua tahunnn..


  • X-ray ni susah tak?
Rasanya tak ada kos yang senang kalau engkorang tak belajar. Tak belajar=susah. Belajar=Senang sikit. Hah senang sikit je! Ada subjek yang senang nak score even dalam kelas kau tidor je sebenarnya dari start sampai habih. InshaAllah boleh score jugak even study last minit. Tapi ada subjek yang bila engkorang setia dengan dia dari awal sem duduk berkepit pun, bila time final, dia taknak jugak dekat engkorang. So pasrah jelah okay?


  • Berapa tahun?
4 tahun kalau .. kalau tak kena repeat. Okay bukan, kalau dari matriculation. Kalau dari diploma medical imaging jugak, 3 tahun. Diploma lain, tetap 4 tahun.


  • Praktikal best?
Eh yang ni macam sengaja pulak nak cerita experience praktikal haritu. Hahaha. Praktikal tersangatlah awesome. Kau jumpa macam-macam jenis orang, kenal macam-macam jenis orang. Dan macam-macam jenis orang ni lah yang make your day in hospital! Mula-mula memang kau rasa macam 'Apahal orang-orang kat hospital ni?!' Tapi lama-lama, kau rasa nak stay je dekat hospital taknak sambung belajar dah. Even kau jumpa patient yang banyak ragam, tapi bila ada orang-orang ni dekat sekeliling, kau cool balik. Even kau rasa penat gila handle patient, tapi bila sembang dgn orang-orang ni, kau boleh sengih balik. Depends pada diri sendiri. Kalau baik dengan orang, orang pun baik dengan kita.


  • Kos ni lebih kepada subjek apa?
Biology. Yes biology sebab kau nak belajar pasal human's body. Kau boleh babai dah Kimia dengan Math bila ambik kos ni. Fizik ada sikit bila belajar pasal mesin x-ray. Sikit jela tapi. Sesape yang otak suka menghafal tu, sesuai sgt lah kos ni dgn engkorang. Tapi sesape yang suka mengira macam aku, kita act cool dan survive je sampai graduate okay?


  • Pointer untuk apply?
Aku tak sure pasal pointer ni. Tapi most of classmates aku pointer dorang 3.3 lebih untuk lepasan matrik dan diploma. Tapi tapi tapi, apapun give it a try okay? Untuk lepasan spm, aku tak sure. Tapi yang pasti subjek sains kalau korang tak dapat A pun takpe. Sebab aku memang tak penah sekalipun dapat subjek sains A sejak masuk form 4 sampailah spm. Alhamdulilah dapat jgk tawaran diploma x-ray.Cuma aku tolak dan pilih matrik. Tapi lepastu dapat lagi untuk degree. *Jodoh kuat takboleh nak buat apa*

  • Takut dengan darah, macam mana nak ambik?
Hah yang ni takpayah risau. Dulu aku pun takut darah jugak. Tapi sekarang rilek je tengok 'eleh berdarah ke?' Hahaha. Kalau ambik x-ray memang kau tak boleh lari dengan darah. Lagi-lagi bila patient datang sebab accident, darah dia memang fresh. Mula-mula macam geli nak pegang even pakai glove pun. Tapi lama-lama takde hal. Benda yang kau kena risau sebenarnya bila kena x-ray part yang bernanah teruk dan mengeluarkan cecair hijau. Yuckssss. Yang ni sampai sekarang pun aku geli. 

  • Tak suka hospital, tak boleh ambik kos ni.
Ek enaa.. Aku pun tak suka hospital, boleh je ambik kos ni.

  • Dekat U mana yang ada kos ni?
Setahu aku ada 4. UNISZA, UiTM, USM dengan UKM. Dan aku dekat UiTM Puncak Alam.

  • Apa yang bestnye pasal x-ray ni? Dah lah radiation banyak.
Yang bestnye pasal x-ray ni sebab lelaki yang ambik x-ray ni kebanyakannya comel-comel belaka. Hahahaha. Okay okay serius *kerut dahi sampai berlapis*. Berdasarkan pemerhatian, x-ray ni belajar takde lah susah mana. Kerja lagilah tak susah mana. Kalau nak compared dengan doktor and nurse, radiographer memang nampak rilek sikit bila tang kerja. And gaji pun boleh tahan. So kalau rasa nak ambik medical, tapi doctor is too hard, x-ray is nice what? *angkat kening* Pasal radiation, kita ada banyak protection dekat hospital untuk staff. Kalau risau, apply lah apa yg belajar bila handle patient. Jangan risau, staff yang keje bahagian radiology ada je anak berderet-deret. Tak caya, pergi survey.

Dah tu je rasanya. Dapat kan rough idea what is medical imaging all about? So tak kiralah sama ada korang ambik kos ni sebab minat atau TERdapat, go on je okay? Sebab benda yang kita minat ni lama-lama boleh bosan jugak. And benda yang kita tak minat lama-lama boleh minat. Tak gitu?

Nota kaki: Ada latest post pasal Bachelor of Medical Imaging :)

39 comments:

  1. Salam kak, saya aliran tknikal jd tk blajar bio , jd kalau sy ambk course ni adakah akn jd satu masalah? Couse ni akn blajar basic blek dak?
    Sbb dlm syarat am chem/bio so antara dua ni ja lah kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepanjang 2 tahun setengah sy study course ni, takde lg chemistry. so agak menjadi masalah jgk la klu tak ambik bio. minat bio tak? klu minat, try mintak sbb belajar dr basic :)

      Delete
    2. Oh minat lah jugak . Tp mmg semua yg apply course ni mmg ada basic bio lah ? Em sy minat nak blajar course ni tp tu lah takot pulakkn sbb tk blajar bio . Btw, thank you :)

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Salam, kak sy mcm brminat dgn kos ni. How bout the job oppurtunities?? Sng x nk cari kerja bila dah graduate??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Job opportunities ni dah masuk cerita lain la pulak haha. Biasalah skrg ni competition banyak, dr uni swasta, kkm lagi. That's why ambik kos apa pun, kena belajar communication dgn soft skill betul2.
      Xray ni bukan takat kerja hospital, awk boleh masuk marketing klu minat bisnes which ada kaitan dengan jual beli mesin-mesin xray. Akak pun tak kerja lagi, susah jgk nak jawab haha

      Delete
  3. Owhh. Thanks kak for the reply. Hmmm cmne ek sy nk contact akak?? Klau boleh bnyak benda lg sy nk iv akak pasal kos ni.

    ReplyDelete
  4. Ok tenkiu for info..saya nk add wechat bnyk lgi nk sembang..haha

    ReplyDelete
  5. akk mase matrik plih modul brpe ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. okk , tenkyuu akk :3
      klau ambek diploma (3tahun) kn , degree jdi brpe tahun ye ?

      Delete
    2. degree jd 3 tahun, trus masuk sem 3

      Delete
  6. Medical radiation tu benda sama lah kan? Bnyak belajar bio n fizik sikt je?saya ingat ni mmg untuk budak fizik- modul 2,bukan camtu eh?sbb saya ambik modul2 smasa matrik,camna eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. It should be the same. okay tak dgn bio? takpe sebenarnya, banyak yg blh belajar sendiri. ada jgk bdk dip fizik yang ambik kos ni

      Delete
  7. Salam boleh ke lulusan ijazah sarjana muda sains kesihatan pemakanan further master dalam bidang medical radiation nie?
    Boleh berikn syarat kelayaknnya? Trima ksih

    ReplyDelete
  8. Salam bolehkah lulusan ijazah sarjana muda sains kesihatan pemakanan further master dalam bidang medical radiation?adakah mnepati syarat kelayakan? Reply plisss

    ReplyDelete
  9. Salam, nk tanya kalau tak suka fizik boleh ke amik course ni?

    ReplyDelete
  10. Salam. Nk tanya boleh ke kalau tak suka fizik amik course ni?

    ReplyDelete
  11. Takde masalah. Sbb lagi byk bio compared to physics

    ReplyDelete
  12. after diploma in medical imaging .. nak sambung belajar kat mana ye? degree? boleh sambung course apa je ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sambung degree medical imaging di uitm, usm, ukm. Nak sambung kos sains kesihatan yg lain pun takde masalah rasanya

      Delete
    2. uia kuantan ade jgk kos medical imaging (y)

      Delete
  13. As'salam.. Nak tanya intake untuk degree MI di palam berapa ye?

    ReplyDelete
  14. Salam, mostly bio kan kak? Physic kena hebat jugak ke untuk course ni? Sebab saya kurang minat physic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup more to biology. Dont worry, fizik sikit je :)

      Delete
  15. nak tanya.. medical imaging ni sama je ke dgn 'pengimejan diagnostik dan radioterapi'?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  16. nak tnya.. medical imaging ni sama je ke dgn 'pengimejan diagnostik dan radioterapi?'

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain dik.. pengimejan diagnostik sama mcm medical imaging tpi radioterapi adalah bidang yang lain.. tpi still guna prinsip yg sama menggunakan radiation tetapi untuk rawat pesakit kanser.. selalu mesin yg digunakan ialah LINAC... course pengimejan diagnostik dan radioterapi terdapat di UKM...

      Delete
  17. Great exposure for this course. Baru lah rasa yakin skit nk ambik course ni sbb mula2 ingat it more to physic which sya xprefer sgt but bleh la nk score. Anyway susah x blaja fizik die ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak susah sangat pun. Tapi subjek instrument susah sikit la, sbb saya tak minat hehe

      Delete
  18. salam akak, saya lepasan matrk, skrg sedang kemaskni upu. saya module 2 masa kat matrk dlu, tp sy brmnat nk ambk kos nii. banyak sgt ke ea bljr bio? tkt jgk sy xleh carry. btw, akak ada course outline x ntok kos ni?? atau lesson plan/subjek2 yg kna ambk spnjg degree nnti. klau akak ad bleh x tlg email kat sy farah.abdullah2@gmail.com . tq kak harap mmbntu

    ReplyDelete
  19. salam akak saya lepasan matrk module 2 n skrg tgh kmaskni upu. kos ni mmg bljr byk bio k? sy mnat tp tkt xleh carry sbb bio. akak ad course outline/study plan/senarai sbjek spnjg degree ntok kos n x? klau ad bleh x akak tlg emalkan pd say , farah.abdullah2@gmail.com . harap dpt mmbntu kak. tq

    ReplyDelete
  20. Susah tak medical imaging untuk pelajar bukan aliran sains?

    ReplyDelete
  21. salam.boleh ke diploma teknologi makanan sambung degree medical imaging?

    ReplyDelete
  22. salam.boleh ke diploma teknologi makanan sambung degree medical imaging?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hm i'm not sure. Sebab rasanya kena ada basic science.

      Delete

Bebel lah sekali. hee