Tuesday, July 1, 2014

Medical Imaging dah famous rupanya

Hello everybody! So how's life?

Terkejut sebenarnya bila bukak blog ramai yang tanya pasal x-ray dekat sini. Tak pernah bukak blog pun since masuk praktikal haritu. So nak minta maaf sebab tak reply comment-comment. Rasa bersalah jugak sebab tak dapat nak share opinions dengan korang. And tak tahu lah sama ada patut reply ke tak sebab tarikh reply macam dah expired. Hehe. Korang pun mesti dah masuk U kan? But anything you choose, go for it adik-adikku! Fight for it okay? *Acah-acah akak yang sweet*

Disebabkan rasa bersalah yang menggunung, so biar aku cerita sedikit sebanyak pengalaman aku dalam bidang x-ray ni untuk tempoh 2 tahun. Kahkah baru dua tahunnn..


  • X-ray ni susah tak?
Rasanya tak ada kos yang senang kalau engkorang tak belajar. Tak belajar=susah. Belajar=Senang sikit. Hah senang sikit je! Ada subjek yang senang nak score even dalam kelas kau tidor je sebenarnya dari start sampai habih. InshaAllah boleh score jugak even study last minit. Tapi ada subjek yang bila engkorang setia dengan dia dari awal sem duduk berkepit pun, bila time final, dia taknak jugak dekat engkorang. So pasrah jelah okay?


  • Berapa tahun?
4 tahun kalau .. kalau tak kena repeat. Okay bukan, kalau dari matriculation. Kalau dari diploma medical imaging jugak, 3 tahun. Diploma lain, tetap 4 tahun.


  • Praktikal best?
Eh yang ni macam sengaja pulak nak cerita experience praktikal haritu. Hahaha. Praktikal tersangatlah awesome. Kau jumpa macam-macam jenis orang, kenal macam-macam jenis orang. Dan macam-macam jenis orang ni lah yang make your day in hospital! Mula-mula memang kau rasa macam 'Apahal orang-orang kat hospital ni?!' Tapi lama-lama, kau rasa nak stay je dekat hospital taknak sambung belajar dah. Even kau jumpa patient yang banyak ragam, tapi bila ada orang-orang ni dekat sekeliling, kau cool balik. Even kau rasa penat gila handle patient, tapi bila sembang dgn orang-orang ni, kau boleh sengih balik. Depends pada diri sendiri. Kalau baik dengan orang, orang pun baik dengan kita.


  • Kos ni lebih kepada subjek apa?
Biology. Yes biology sebab kau nak belajar pasal human's body. Kau boleh babai dah Kimia dengan Math bila ambik kos ni. Fizik ada sikit bila belajar pasal mesin x-ray. Sikit jela tapi. Sesape yang otak suka menghafal tu, sesuai sgt lah kos ni dgn engkorang. Tapi sesape yang suka mengira macam aku, kita act cool dan survive je sampai graduate okay?


  • Pointer untuk apply?
Aku tak sure pasal pointer ni. Tapi most of classmates aku pointer dorang 3.3 lebih untuk lepasan matrik dan diploma. Tapi tapi tapi, apapun give it a try okay? Untuk lepasan spm, aku tak sure. Tapi yang pasti subjek sains kalau korang tak dapat A pun takpe. Sebab aku memang tak penah sekalipun dapat subjek sains A sejak masuk form 4 sampailah spm. Alhamdulilah dapat jgk tawaran diploma x-ray.Cuma aku tolak dan pilih matrik. Tapi lepastu dapat lagi untuk degree. *Jodoh kuat takboleh nak buat apa*

  • Takut dengan darah, macam mana nak ambik?
Hah yang ni takpayah risau. Dulu aku pun takut darah jugak. Tapi sekarang rilek je tengok 'eleh berdarah ke?' Hahaha. Kalau ambik x-ray memang kau tak boleh lari dengan darah. Lagi-lagi bila patient datang sebab accident, darah dia memang fresh. Mula-mula macam geli nak pegang even pakai glove pun. Tapi lama-lama takde hal. Benda yang kau kena risau sebenarnya bila kena x-ray part yang bernanah teruk dan mengeluarkan cecair hijau. Yuckssss. Yang ni sampai sekarang pun aku geli. 

  • Tak suka hospital, tak boleh ambik kos ni.
Ek enaa.. Aku pun tak suka hospital, boleh je ambik kos ni.

  • Dekat U mana yang ada kos ni?
Setahu aku ada 4. UNISZA, UiTM, USM dengan UKM. Dan aku dekat UiTM Puncak Alam.

  • Apa yang bestnye pasal x-ray ni? Dah lah radiation banyak.
Yang bestnye pasal x-ray ni sebab lelaki yang ambik x-ray ni kebanyakannya comel-comel belaka. Hahahaha. Okay okay serius *kerut dahi sampai berlapis*. Berdasarkan pemerhatian, x-ray ni belajar takde lah susah mana. Kerja lagilah tak susah mana. Kalau nak compared dengan doktor and nurse, radiographer memang nampak rilek sikit bila tang kerja. And gaji pun boleh tahan. So kalau rasa nak ambik medical, tapi doctor is too hard, x-ray is nice what? *angkat kening* Pasal radiation, kita ada banyak protection dekat hospital untuk staff. Kalau risau, apply lah apa yg belajar bila handle patient. Jangan risau, staff yang keje bahagian radiology ada je anak berderet-deret. Tak caya, pergi survey.

Dah tu je rasanya. Dapat kan rough idea what is medical imaging all about? So tak kiralah sama ada korang ambik kos ni sebab minat atau TERdapat, go on je okay? Sebab benda yang kita minat ni lama-lama boleh bosan jugak. And benda yang kita tak minat lama-lama boleh minat. Tak gitu?

Nota kaki: Ada latest post pasal Bachelor of Medical Imaging :)